Kelas ICT – Microsoft Office Word

21 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 20 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT – Microsoft Word. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan Microsoft Office Word. Di awal kelas, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memasukan gambar, bentuk dan juga teks ke dalam Microsoft Office Word.

Pada kelas ini, mereka diberikan latihan membuat carta organisasi. Dengan membuat carta organisasi ini, kita akan dapat meningkatkan kemahiran dalam memasukan bentuk, menyusun atur bentuk, meletakan garisan dan meletakan teks di dalam bentuk. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk menggunakan Microsoft Office Word dalam menghasilkan carta organisasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali